APABILA KESUSAHAN DATANG MENERPA DIRI & KECEMASAN SERTA MEHNAH BERTINDIH-TINDIH MENGHIMPIT KITA, UCAPKANLAH..( لا اله الا الله..)

Wednesday, April 7, 2010

TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP..!

Salam Muhasabah Diri

Jadikanlah gubuk istana,
Rancangkanlah kediaman dari rumahmu yang dari rumah,
Bukan dari istanamu yang dari gading.

Engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa,
sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. jangan ragu-ragu untuk tersenyum ,
kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum .
jangan menekan kekuatan itu,
kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam fatrah penderitaan .
tersenyum tidak akan membahayakanmu.
Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu.
Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.

Stephen Gazzel mengatakan:" senyuman adalah suatu keharusan dalam bermasyarakat".
Ada benarnya apa yang telah dikatakannya itu.
kerana bila kita ingin bergaul dengan orang lain
kita harus bersikap dengan mereka.
kita harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut kita untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan.
Di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman
kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.

Ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain
maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis, dan khabar gembira yang mereka harapkan..
namun ketika kita melalui orang lain dengan wajah kusut dan garang,
maka sesungguhnya kita telah menyeksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka.

Jadi kenapa kita rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain..?

by muhasabah diri...

Tuesday, April 6, 2010

PERUBAHAN DIRI

Salam Muhasabah Diri

Perbaiki diri kita, maka ALLAH akan redha terhadap kita

Jangan putus asa,
kerana ia adalah keingkaran,
barangkali dalam waktu yang terdekat,
ALLAH akan memberikan kelapangan.

Apakah kita pernah mendengar tentang wanita dari Juhaniyah yang tergelincir jalan hidupnya.
Kemudian dia berzina?
Lalu dia mengingati ALLAH dan segera bertaubat kepadaNYA.
Dia menghadap Rasulullah agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya itu.
Dia datang dalam keadaan hamil kerana berzina,
dan berkata: " wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melanggar hukum had, maka hukumilah aku!"
kemudian Rasulullah berkata: "berlaku baiklah kepadanya. Apabila dia telah melahirkan, maka bawalah dia ke mari."

Akhirnya ketika wanita itu kembali lagi,
Rasulullah pun memerintahkan agar wanita itu direjam,
wanita itu mati kerana hukum rejam tersebut.
Setelah itu beliau(Rasulullah) solat atas jenazahnya.

Melihat hal tersebut, Umar bertanya:
"apakah engkau solat atas dia, padahal dia telah berbuat zina?"
Baginda menjawab:
"sesungguhnya dia telah bertaubat yang jika (pahala) taubatnya dibahagi untuk tujuh puluh orang penduduk Madinah,
nescaya akan mencukupinya.
Apakah engkau menemukan yang lebih baik daripada penyerahan jiwa kepada
ALLAH..??

Sesungguhnya apa yang dilakukannya terdorong oleh kekuatan imannya
sehingga membuatkannya berani membersihkan diri
dan memilih pahala di kemudian hari
daripada kesenangan yang segera.
Seandainya dia seorang wanita yang tidak kuat imannya,
nescaya dia tidak akan memilih mati melalui hukuman rejam.
Barangkali ada yang bertanya:
"Mengapa dia sampai berbuat zina,
padahal tiada yang melakukannya,
kecuali hanya orang yang lemah imannya?"
Sebagai jawapannya,
dapat dikatakan bahawa sesungguhnya manusia itu adakala lemah iman sehingga terjerumus ke dalam perbuatan yang dilarang,
sebab dia memang diciptakan dalam keadaan lemah.

Namun ketika benih keimanan tumbuh dalam hatinya,
dan menjadi pohon rendang yang akar-akartertancap kuat,
ia akan menampakkan kemurniaan dan keyakinan yang kuat.
Hal itulah yang mendorong wanita ini segera menghadap Rasulullah untuk memohon agar dirinya disucikan.
Dia telah berjaya menyucikan rohnya demi menggapai redhaNYA,rahmatNYA, dan ampunanNYA.

by muhasabah diri...

Monday, April 5, 2010

"Emas bertatahkan Berlian"

Salam Muhasabah Diri...

Bukan emas pertama yang mempercantikkan kita,
Melainkan yang mempercantikkan kita adalah akhlaq kita,
dan kekayaan kita adalah Etika kita..

Jangan kita putus asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu,
Di manakah ALLAH dan takdirNYA??

Esok akan merekah bunga yang harum,
Baunya mengusir segala kesedihan,
Dan menjadi penghibur hati.

Kelembutan ALLAH betapapun lama masanya,
Terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam.

Di sana ada suatu tempat di Saff terdepan,
Tetapi menuntut kita untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan
Dalam setiap hal yang kita amalkan.

by muhasabah diri..

Saturday, April 3, 2010

Bimbingan Diri..

Salam Muhasabah Diri...

Kita sering mensia-siakan waktu bahagia untuk sesuatu yang tidak berguna...

Kita juga sering mengejar sesuatu yang tidak mampu kita raih..

Padahal,

Ada satu jalan menuju kebahagian tanpa mengejarnya..

Paling penting,

Jangan biarkan keletihan dan penderitaan yang dialami menjadi bahan perbicaraan...

Kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk meraih kabahagiaan...

by muhasabah diri..


Monday, March 29, 2010

SELAMAT DATANG

Salam muhasabah diri...

Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusu'.

Saudariku yang berhijab(berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Saudariku yang memenuhi janji dan memengang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala ALLAH, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNYA.

Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Saudariku yang meneladani Aisyah, Maryam dan Khadijah.

Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara siri teladan.

Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.

by muhasabah diri..

JANGAN BIARKAN ANDA BANYAK BICARA

Salam muhasabah diri..

Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai lalu mengapa kita biarkan kesedihan membunuh dan mencekik kita?

Jauhilah perselisihan atau diskusi buta dalam perkara-perkara yang masih bersimpang siur. sebab hal itu dapat menyempitkan dan menodai hati nurani. Janganlah cuba untuk memuaskan hati manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. Ungkaplah pemikiran anda dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah yang masam.

Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik. Hal itu akan membuat ketenangan hatimu hilang dan membuat wajahmu tidak baik.Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain.

Hal lainnya yang dapat mendatangkan kesusahan dan kesedihan pada diri anda adalah mengumpat orang lain, memperkatakan perihal mereka, mencela dan menghina mereka.

Sikap seperti ini akan menghilangkan pahala, mendatangkan dosa, serta menjauhkan ketenangan dalam diri anda.Sibukkan saja diri anda dengan memperbaiki 'aib sendiri dan jangan pedulikan 'aib orang lain. Sesungguhnya ALLAH tidak menciptakan kita maksum yang hanya dimiliki oleh RasulNYA. Kita semua memiliki dosa dan 'aib, maka berbahagialah orang-orang yang sibuk dengan 'aibnya sendiri dan tidak mencampuri 'aib orang lain.

by muhasabah diri..

Ku insafi yaALLAH...